Friday, November 23, 2007

Penyenggaraan PC dan Laptop

PENJAGAAN KOMPUTER


Sesebuah komputer hendaklah di jaga dengan rapi pada peralatan luar ( Hardware) dan peralatan dalaman (Software ) bagi memastikan ianya sentiasa berada didalam keaadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja di perlukan. Untuk tujuan ini pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (servis)

Tujuan pemeriksaan ialah untuk;

(1) Untuk memanjangkan jangka hayat komputer.
(2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik
(3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS

PERALATAN

Peralatan minima yang anda perlukan untuk membuat pemeriksaan-pemeriksaan tersebut ialah

(1) Pencuci disket
(2) Blower/vacum
(3) Scru driver
(4) Alkhohol pencuci/putik kapas
(5) Berus

PENGJAGAAN HARDWARE

Penjagaan Hardware komputer anda sebenarnya sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri oleh anda dengan hanya berbekal sedikit peralatan seperti tercatit di atas. Langkah yang perlu diambil ialah periksa kesemua peralatan Hardware komputer anda dan ikuti langkah di bawah.

TINDAKAN

(1) Cuci drive A dan B
(2) Scan hard disk
(3) Blower dalam komputer anda untuk membuang habuk-habuk
(4) Periksa kesemua peralatan komputer anda sekiranya longgar

PENJAGAAN HARD DISK

Penjagaan dan pemeriksaan Hard disk komputer anda memerlukan sedikit kemahiran dan ketelitian kerana ianya melibatkan penggunaan software yang lain dan perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak merosakkan sistem Hard Disk anda. Anda dinasihatkan merujuk kepada orangyang pakar dalam hal-hal berkaitan dengan komputer. Namun begitu dibawah ini diperturunkan sedikit maklumat atau tindakkan yang boleh dibuat untuk servis Hard Disk komputer anda. Itupun bergantung kepada pengetahuan anda.

(1) Scan VIRUS
(2) Buat BACKUP pada fail yang difikirkan perlu
(3) COPY/Program yang mustahak
(4) Gunakan Defrag untuk memeriksa lubang-lubang pada Hard Disk anda
(5) Periksa setiap Bad Track dalam hard disk anda

PERHATIAN

Anda dinasihatkan menggunakan Stabilizer untuk menstabilkan aliran letrit yang masuk kedalam sistem komputer anda supaya tiada ganguan yang mungkin merosakkan Hard Disk Anda. Di dalam Hard Disk anda juga akan sentiasa dipenuhi dengan fail-fail TMP (Fail sementara) dan fail BAK (fail backup) kerana fail-fail ini sentiasa dibuat oleh komputer anda. Untuk mengelak dari terjadinya kesempitan ruang pada muatan Hard Disk anda Cari dan bersihkan hard disk komputer anda dari fail-fail tersebut. Dan guna perentah DELETE untuk membuangnya ataupung gunakan perintah Defrag bagi membersihkanya..

Fail : TMP - Fail sementara - boleh dibuang DEL * TMP/S atau TMP ???.?? Fail : BAK - perlu dibuang untuk membersihkan hard disk - guna DEFRAG/NDD

PEMERIKSAAN LAIN-LAIN PERALATAN

DISK DRIVE Hendaklah dicuci sebaiknya 1 minggu sekali. Gunakan pencuci drive yang terdapat dipasaran. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk memcuci kepala disk drive anda dengan mengunakan cecair alkohol pencuci kepala radio kaset anda.

PLUG POINT

Gunakan plug point 240 V untuk keselamatan komputer anda Jika keaadaan penhataran karan dirumah anda tidak stabil anda dinasihatkan menggunakan penstabil eletrik (stablilazer)

POWER SUPPLY

Periksa kesemua sambungan plug untuk memastikan komputer bagi memastikan komputer anda sentiasa menerima karen yang sempurna.

BASE UNIT

(a) Mother Board - kemaskan cip yang longgar dan cuci habuk-habuk mengguna blower pada keseluruhan Cip yang terdapat pada Mother Board
(b) Card & Adaptar - kemaskan Cip-Cip yang longgar
(c) Fan condition - pastikan ianya berfungsi (berputar)
(d) Batery - gunakan beteri yang betul (mesti antara 4-5 v)

DISKET A/B

(1) Gunakan perintah DIR untuk memastikan ianya berfungsi atau tidak
(2) Gunakan perintah DISK COPY untuk menyalin kedisket lain sekiranya disket tersebut rosak
(3) Gunakan SCAN DISK untuk pemerisaan disket
(4) Gunakan NDD untuk membaiki disket yang mungkin rosak
(5) Perintah Format digunakan sebagai jalan terakhir untuk mengetahui samada Disket itu berfungsi atau tidak . Jika masih tidak berfungsi disket tersebut bolehlah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan lagi.

KEYBOARD

(1) Periksa kesemua kekunci samada berfungsi atau tidak.
(2) Terbalikkan keyboard anda dan ketuk perlahan-lahan untuk membuang habuk.
(3) Gunakan QAPLUS untuk memeriksa kesemua kekunci keyboard anda.

PRINTER

(1) Simpan manual printer untuk rujukan. Jika setnya tidak betul akan keluar huruf yang tidak sepatutnya.
(2) Jaga kepala printer Set kedudukan bersesuaian dengan jenis kertas yang digunakan samada nipis atau tebal.
(3) Elakkan printer menggunakan stensel.

PENJAGAAN PRINTER

Printer anda perlu dijaga dan diberi perhatian selalu kerana dengan ketiadaan printer atau keaadaan printer yang tidak berfungsi ianya akan menjadikan kerja-kerja anda tidak dapat dicetak keluar. Adalah tidak sukar bagi melaksanakan penjagaan printer kerana ianya kebanyakan melibatkan penjagaan luaran sahaja. Setiap kali anda ingi servis komputer anda ikuti lamngkah berikut.

(1) Buka dan bersihkan kesemua bahagian dalam printer gunakan blower.
(2) Jika ia berbunyi kuat periksa tin pelapik dan tolakkan supaya lebih
rapat dengan kepala printer.
(3) Pastikan mata printer mempunyai 24 jarum - jika patah gantikan
dengan yang baru.
(4) Bersihkan tempat laluan kepala printer supaya mudah berfungsi.

setstats1


PERLINDUNGAN DATA


Sesebuah komputer sebenarnya sentiasa di ancam oleh serangan Virus-virus komputer samaada yang di biakan melalui disket ataupun internet. Proses perlindunngan data komputer hendaklah selalu dibuat dan di kemaskinikan kerana serangan Virus akan mengakibatkan komputer anda mengalami masalah dan ada ketikanya gagal berfungsi terus. Perisian virus pula sering di cipta saban hari bagi mengangu pengoperasian komputer anda. Dan sebagai cabaranya pula anda hendaklah selalu memastikan komputer anda di lengkapi dengan program antivirus terbaru dan boleh membunuh kesemua virus yang bakal menyerang komputer anda.

Banyak perisian antivirus di keluarkan setiap hari untuk memastikan komputer anda sentiasa selamat dari ancaman Virus virus ini anda sebagai penguna hendaklah sentiasa memperbaharui program program anti virus tersebut. Saya di sini tidaklah bermaksud menulis panduan mengunakan antivirus tersebut kerana setiap antivirus yang di keluarkan akan di sertakan bersama prosedia penggunaanya. Walau bagaimana pun saya akan menunjukkan asa pengunaanya yang munkin tidak bayak berbeza antara satu dan yang lain.

No comments: